Cetak
Butiran: | Jumlah paparan: 2354

Bahagian Perundangan berfungsi dalam memberikan khidmat sokongan dari sudut perundangan kepada univeriti dan menguatkuasakan peraturan tatatertib universiti berdasarkan skop dan bidangkuasa yang diperuntukkan di bahawa Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 1998.

 

1. Tatatertib

Menjalankan prosiding tatatertib terhadap kakitangan UPSI berdasarkan aduan dan/atau laporan yang dikemukakan kepada Jabatan pendaftar.

2. Siasatan

Mengawalselia siasatan yang dijalankan atas aduan yang diterima yang melibatkan kakitangan universiti.

3. Kes Kehilangan

Menerima laporan awal kes kehilangan, menerima dan mengkaji laporan jawatankuasa siasatan serta menyediakan kertas untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti.

4. Gubalan

Menyemak, meminda dan/atau menderaf Perjanjian di antara Universiti dengan mana-mana pihak ketiga, meminda statut, kaedah dan/atau peraturan universiti agar mematuhi keendak Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5. Guaman

Menguruskan tuntutan universiti terhadap pegawai-pegawai yang melanggar kontrak perkhidmatan dan pihak ketiga yang melanggar Perjanjian dengan Universiti serta tuntutan pihak ketiga ke atas Universiti, menyelaras, memantau dan/atau melantik mana-mana panel peguam yang berkenaan bagi mengendalikan kes-kes universiti.

6. Perisytiharan Harta

Mengendalikan urusan perisytiharan harta kakitangan universiti.

7. Tuntutan Gantirugi Pengajian

Menguruskan tuntutan gantirugi terhadap kakitangan universiti yang melanggar Perjanjian pembiayaan pengajian mereka dengan universiti.

8. Penasihatan

Menasihati universiti dalam perbincangan isu0isu perundangan melibatkan universiti agensi-agensi kerajaan dan memastikan perjalanan dan tatacara universiti adalah selaras dengan statut atau peraturan.