Aluan Pendaftar

  • Diterbitkan: Jumaat, 06 Mei 2016 01:41
  • Jumlah paparan: 1179

faizi

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kejayaan Pejabat Pendaftar membangunkan laman web Jabatan ini. Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara Pejabat Pendaftar dan para pelanggan.

Tujuan laman web ini diwujudkan adalah sebagai medium rujukan pelanggan mengenai perkhidmatan yang disediakan. Pejabat Pendaftar ditubuhkan atas dasar sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran Universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti.

Penubuhan adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan bersahsiah mulia dengan pendekatan khusus kepada pengurusan tadbir urus berkualiti.

Pejabat Pendaftar akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan bagi memudahkan urusan mereka. Pihak kami mengharapkan maklumbalas berguna daripada para pelanggan berhubung perkhidmatan yang diberikan.

Akhir kata, Pejabat Pendaftar akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan saya berharap agar warga Pejabat Pendaftar dapat memberikan komitmen yang berterusan bagi memastikan Pejabat Pendaftar akan terus cemerlang dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan tadbir urus bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Sekian.

 

Visitors Counter

148210
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1546
2033
19048
110565
59062
89148
148210

Your IP: 54.167.156.247
2017-01-21 10:41

Hubungi Kami

Pejabat Pendaftar,
Aras 1, Bangunan Canselori
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak, Malaysia
Tel: 05 450 6864 / 6957
fax Fax: 05 459 5429
emel govenan@upsi.edu.my